Soalan Lazim dan Syarat Kemasukan Prasekolah


1.Bilakah iklan pengambilan murid prasekolah dibuka?
Tarikh permohonan akan dibuka bermula 1 Jun - 30 Ogos 2012
2.Dimanakah borang permohonan tersebut boleh didapati?
Borang permohonan boleh didapati:-
a) Di sekolah-sekolah yang ada Program Pendidikan Prasekolah
b) Muat turun dari laman web JPN
Bagi sesi persekolahan tahun 2013 pengisian borang permohonan prasekolah adalah seperti biasa, belum lagi dilaksanakan secara on-line
3.Kemanakah borang permohonan ini hendak dihantar?
Borang permohonan yang telah lengkap bolehlah dihantar ke sekolah-sekolah
yang tuan dipilih
4.Berapakah umur layak memohon mengikuti pendidikan Prasekolah KPM?
5 hingga 6 tahun, tetapi keutamaan adalah untuk murid yang berumur 6tahun
5.Apakah kelayakan guru prasekolah?
Sama seperti syarat dan kelayakan permohonan untuk guru-guru opsyen lain
6.Bagaimana cara memohon untuk menjadi guru prasekolah?
Boleh memohon melalui IPG(prosedur sama seperti permohonan guru biasa)
7.Apakah kelayakan Pembantu Pengurusan Murid?
Sijil Pelajaran Malaysia(SPM), mempunyai 5 kepujian termasuk BM
8.Bagaimana cara memohon untuk menjadi PPM prasekolah?
Boleh memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran(SPP)

A - SYARAT-SYARAT KEMASUKAN MURID KE KELAS PRASEKOLAH
1 - Warganegara Malaysia.
2 - Kanak-Kanak Yang Mencapai Umur Lima (5) Tahun Pada Hari Pertama Bulan Januari Dalam Tahun Persekolahan Semasa.
3 - Keutamaan Pemilihan Berasaskan Merit Pendapatan Ibu Bapa / Penjaga Di Bawah Garis Kemiskinan Dan “Ranking” Pendapatan Perkapita Keluarga Dari Rendah Ke Tinggi.
4 - Jumlah Bilangan Murid Setiap Prasekolah KPM Tidak Melebihi 25 Orang.
5 - Proses Pemilihan Murid Prasekolah KPM Hendaklah Dibuat Oleh Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah.

B - PEMILIHAN MURID
1 - Pemilihan murid hendaklah dibuat oleh jawatankuasa pemilihan murid prasekolah yang terdiri daripada :
       - Guru Besar - Pengerusi
       - GPK Pentadbiran - Naib Pengerusi
       - Seorang Guru Prasekolah - Setiausaha
       - Seorang Guru Tahap 1 - Ahli Jawatankuasa
       - Seorang Guru Tahap 2 - Ahli Jawatankuasa
       - Seorang PPM - Pencatat
       - Seorang Wakil Komuniti (Jika Perlu)
2 - Pihak Sekolah Hendaklah Membuat Siaran Permohonan Murid Secara Meluas Dan Menerima Seberapa Banyak Permohonan Sehingga Tarikh Tutup.
3 - Semua Permohonan Hendaklah Diperakui (Berjaya/Tidak) Oleh Jawatankuasa Pemilihan Di Dalam Mesyuarat Tersebut.
4 - Keputusan Semua Permohonan Sama Ada Berjaya Atau Gagal Hendaklah Dimaklumkan Kepada Pemohon.
5 - Semua Keputusan Pemilihan Hendaklah Dihantar Ke PPD Masing-Masing Untuk Diperakukan Sebelum Surat Tawaran Dikeluarkan
6 - Pihak Sekolah Akan Mengeluarkan Surat Tawaran Dan Borang Penerimaan Tawaran Kemasukan Murid Prasekolah Kepada Ibu Bapa / Penjaga.
7 - Sekiranya Ada Calon Yang Menolak Tawaran Tersebut, Pihak Jawatankuasa Pemilihan berhak Memilih Calon-Calon Simpanan Mengikut Senarai Keutamaan.
8Pihak Jawatankuasa Pemilihan Berhak Menolak Permohonan Yang Didapati Menggunakan Maklumat Palsu

Sumber: Laman web JPN Selangor
http://www.moe.gov.my/jpnselangor/v3/

No comments:

Post a Comment