Wednesday 31 October 2012

Lawatan ke Melaka

Prasekolah SK Taman Putra Perdana 2 telah mengadakan lawatan ke Melaka. Kami mula bertolak dari sekolah seawal jam 8.00 pagi selepas semua murid sarapan pagi. Suasana di bangunan prasekolah sangat meriah dengan kehadiran ibu bapa/penjaga yang menghantar serta menunggu anak masing-masing. Kelihatan murid tidak sabar untuk memulakan perjalanan tersebut.
Di Melaka, kami melawati tempat-tempat menarik seperti Taman Rama-Rama, Taman Buaya, Zoo Melaka, Bandar Hilir dan Masjid Melaka. Walaupun perjalanan kami agak jauh dan lama, namun murid-murid tetap kelihatan ceria, ingin tahu tentang sesuatu perkara yang mereka lihat dan gembira sepanjang lawatan itu. Guru-guru yang turut serta dalam lawatan itu berasa sangat bangga melihat sikap mereka yang sentiasa berdisiplin dan bersemangat tanpa mengira penat.

























































No comments:

Post a Comment