| 1. | Bilakah iklan pengambilan murid prasekolah dibuka? | |
| Tarikh permohonan akan dibuka bermula 1 Jun - 30 Ogos 2012 | ||
| 2. | Dimanakah borang permohonan tersebut boleh didapati? | |
| Borang permohonan boleh didapati:- | ||
| a) Di sekolah-sekolah yang ada Program Pendidikan Prasekolah | ||
b) Muat turun dari laman web JPN 
Bagi sesi persekolahan tahun 2013 pengisian borang permohonan prasekolah adalah seperti biasa, belum lagi dilaksanakan secara on-line 
 | ||
| 3. | Kemanakah borang permohonan ini hendak dihantar? | |
| Borang permohonan yang telah lengkap bolehlah dihantar ke sekolah-sekolah | ||
| yang tuan dipilih | ||
| 4. | Berapakah umur layak memohon mengikuti pendidikan Prasekolah KPM? | |
| 5 hingga 6 tahun, tetapi keutamaan adalah untuk murid yang berumur 6tahun | ||
| 5. | Apakah kelayakan guru prasekolah? | |
| Sama seperti syarat dan kelayakan permohonan untuk guru-guru opsyen lain | ||
| 6. | Bagaimana cara memohon untuk menjadi guru prasekolah? | |
| Boleh memohon melalui IPG(prosedur sama seperti permohonan guru biasa) | ||
| 7. | Apakah kelayakan Pembantu Pengurusan Murid? | |
| Sijil Pelajaran Malaysia(SPM), mempunyai 5 kepujian termasuk BM | ||
| 8. | Bagaimana cara memohon untuk menjadi PPM prasekolah? | |
Boleh memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran(SPP) 
A - SYARAT-SYARAT KEMASUKAN MURID KE KELAS PRASEKOLAH 
1 - Warganegara Malaysia. 
2 - Kanak-Kanak Yang Mencapai Umur Lima (5) Tahun Pada Hari Pertama Bulan Januari Dalam Tahun Persekolahan Semasa. 
3 - Keutamaan Pemilihan Berasaskan Merit Pendapatan Ibu Bapa / Penjaga Di Bawah Garis Kemiskinan Dan “Ranking” Pendapatan Perkapita Keluarga Dari Rendah Ke Tinggi. 
4 - Jumlah Bilangan Murid Setiap Prasekolah KPM Tidak Melebihi 25 Orang. 
5 - Proses Pemilihan Murid Prasekolah KPM Hendaklah Dibuat Oleh Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah. 
B - PEMILIHAN MURID 
1 - Pemilihan murid hendaklah dibuat oleh jawatankuasa pemilihan murid prasekolah yang terdiri daripada : 
       - Guru Besar  - Pengerusi 
       - GPK Pentadbiran  - Naib Pengerusi 
       - Seorang Guru Prasekolah - Setiausaha 
       - Seorang Guru Tahap 1 - Ahli Jawatankuasa 
       - Seorang Guru Tahap 2 - Ahli Jawatankuasa 
       - Seorang PPM  - Pencatat 
       - Seorang Wakil Komuniti (Jika Perlu) 
2 - Pihak Sekolah Hendaklah Membuat Siaran Permohonan Murid Secara Meluas Dan Menerima Seberapa Banyak Permohonan Sehingga Tarikh Tutup. 
3 - Semua Permohonan Hendaklah Diperakui (Berjaya/Tidak) Oleh Jawatankuasa Pemilihan Di Dalam Mesyuarat Tersebut. 
4 - Keputusan Semua Permohonan Sama Ada Berjaya Atau Gagal Hendaklah Dimaklumkan Kepada Pemohon. 
5 - Semua Keputusan Pemilihan Hendaklah Dihantar Ke PPD Masing-Masing Untuk Diperakukan Sebelum Surat Tawaran Dikeluarkan 
6 - Pihak Sekolah Akan Mengeluarkan Surat Tawaran Dan Borang Penerimaan Tawaran Kemasukan Murid Prasekolah Kepada Ibu Bapa / Penjaga. 
7 - Sekiranya Ada Calon Yang Menolak Tawaran Tersebut, Pihak Jawatankuasa Pemilihan berhak Memilih Calon-Calon Simpanan Mengikut Senarai Keutamaan. 
8 - Pihak Jawatankuasa Pemilihan Berhak Menolak Permohonan Yang Didapati Menggunakan Maklumat Palsu
Sumber: Laman web JPN Selangor 
http://www.moe.gov.my/jpnselangor/v3/ 
 | 
Soalan Lazim dan Syarat Kemasukan Prasekolah
Subscribe to:
Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment