Friday 15 June 2012

Sukan

Murid prasekolah turut serta dalam acara sukan sekolah dengan mempertandingkan 3 jenis permainan iaitu membawa bola ping pong dalam sudu, memasukkan bola ke dalam bakul dan merebut gula-gula. Tahniah kepada semua murid yang berjaya...







Sambutan Maulidur Rasul

Murid prasekolah berkumpul di dataran sebelum berarak di padang sekolah bersama semua murid yang lain sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Mereka hadir dengan berpakaian penuh ceria dan berwarna-warni. Walaupun kepenatan selepas selesai berarak, mereka tetap ceria dan gembira kerana terlibat sama dalam majlis sambutan ini.





Sambutan Hari Lahir

Sambutan Hari Lahir diadakan di ruang makan prasekolah secara sederhana. Ibu bapa/penjaga memberi sumbangan berbentuk makanan dan minuman kepada semua murid yang hadir. Walaupun majlis ini disambut secara sederhana, namun kerjasama dan sumbangan yang diberikan oleh ibu bapa/penjaga telah dapat memeriahkan majlis ini. Murid-murid prasekolah bukan sahaja diraikan oleh guru prasekolah, Pembantu Pengurusan Murid dan ibu bapa, malah tuan Guru Besar juga turut hadir sama untuk memeriahkan majlis ini. Ucapan ribuan terima kasih atas keprihatinan kepada semua pihak yang terlibat. Semoga majlis sebegini dapat diteruskan lagi pada sesi akan datang.















Lawatan ke Petrosains

Seramai 6 orang murid dan seorang guru prasekolah (Pn Norizan bt Isa) SK Taman Putra Perdana 2 telah menyertai lawatan ke Petrosains anjuran Jabatan Pelajaran Selangor. SK Taman Putra Perdana 2 telah mewakili daerah Sepang bagi program tersebut. Program ini memberi pendedahan kepada murid prasekolah mengenai sains dan teknologi. Mereka juga diberi peluang menaiki "Sky Bridge' di KLCC dan berpeluang menikmati permandangan bandaraya Kuala Lumpur dari ketinggian tingkat 82 Menara Berkembar Petronas.












Majlis Ihya Ramadhan


Majlis Khatam Al-Quran ini telah dianjurkan oleh panitia Pendidikan Islam. Prasekolah tidak ketinggalan memeriahkan majlis ini dengan penglibatan seorang murid iaitu Mohd Waqiuddin dari Prasekolah Kasihku. Mohd Waqiuddin telah menyampaikan 6 surah hafazan dengan baik dan lancar. Semoga bakat Mohd Waqiuddin ini dapat digilap lagi oleh guru di aliran perdana supaya menjadi lebih cemerlang. Tahniah diucapkan. 





Latihan Kebakaran

Bagi memberi pendedahan sekiranya berlaku kecemasan semasa sesi persekolahan, satu latihan kebakaran telah dijalankan oleh pihak sekolah. Prasekolah juga terlibat di dalam latihan ini untuk memberi pendedahan awal kepada mereka. Semua murid prasekolah berkumpul di padang sekolah setelah loceng amaran kebakaran dibunyikan dan guru yang bertugas memberikan taklimat yang jelas kepada semua murid tentang apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kebakaran ataupun kecemasan. Semoga latihan ini dapat diteruskan dan dijalankan pada masa-masa akan datang.




Thursday 14 June 2012

Lawatan Prasekolah


Lawatan Sambil Belajar Prasekolah merupakan salah satu aktiviti luar kepada semua murid prasekolah. bagi sesi 2011, murid prasekolah dibawa melawat ke Taman Burung dan Aquaria, KLLC. Murid dapat melihat sendiri berbagai spesis burung dan juga ikan sepanjang lawatan ini. Walaupun mereka kepenatan di akhir lawatan ini, kegembiraan dan kepuasan mengikuti lawatan ini jelas terbayang di wajah mereka. Semoga lawatan ini akan diingati oleh mereka sepanjang hayat.